Saturday, July 17, 2010

menjadi hamba-Mu...

Kesyukuran ku panjatkan ke atas Mu

Pencipta yang maha agung di alam ini

Sama ada di alam nyata atau di alam ghaib..


Menjadi hambaMu

Membuat aku sedar betapa berdosanya aku

di pentas lakonanMu

Kesedaran menjadi hambaMu

mula melahirkan titik-titik keinsafan

yang mengubah diriku seadanya...


Aku bersyukur ditempatkan di Taman Firdausi

yang menbentuk diriku ke arah muslim yang

menghargai nikmatMu..

Ditaman inilah

sedikit demi sedikit kekhilafan ku di singkap

menandakan betapa kerdilnya diriku di sisiMu...


Nmanu ya Rabbul Izzati,

Aku bersyukur kepada Mu kerana dikurniakan

''Bidadari'' dan ''Wildan'' duniawi yang

menjaga,mendidikku dengan didikan agama

yang sempurna sehingga menjadi insan yang

berguna....


Kehidupan baru yang dikelilingi pari-pari kecil

Saban hari menceriakan hari-hari mendatang

Menemaniku di saat suka dan duka..

Kendatipun kadang kala hidup tak selalunya bahagia

Namun atas kesabaran yang Kau kurniakan

Aku menjadi seorang yang tabah menempuhi

ujian yang datang....


Terima kasih Sang Pencipta...=)






No comments: