Monday, January 30, 2012

kita cari suami,bukan pakwe :)



Salam ramah mesra,,
waa tajuk cam matang sangat je kan nak cari-cari suami,,hoho,,
padahal baru setaun lebih habis spm,,sje je wat kontroversi,,huhu,,
selalunya kalau fairuz berkawan mesti akan ada yang tanya, ‘tak de pakwe ke fairuz?’ 
bile kita jawab tak de xmo caye,,siku sorang-sorang baru tauk,,haha,,
fairuz tak pernah rasa cinta pakwe makwe ni,minat-minat tu normal la,,huhu,,
kang tak pasal-pasal orang kata alien sebab tak de sense untuk rasa kasih sayang ni,,
sepanjang 18 tahun lebih hidup ni jugak fairuz pke-pke, apelah function pakwe makwe ni,,nak kata sampai jinjang pelamin,,tak de la semua,,kapel-kapel putuih(putus) jugak,,(maaf sape2 terasa),,,
pada fairuz baek simpan cinta tu leklok untuk insan yg awak-awak semua nk kekal sampai akhirat,,lagi bermakna :) 
 Berkaitan dengan tajuk entry ni,perbezaan yang fairuz rasa bila sebut perkataan ‘suami’ dengan ‘pakwe’,laen rasenya,,kalu yg lelaki tukarlah, isteri dengan makwe,,
untuk awak-awak yg perempuan,dapat tak rasa bila sebut ‘suami’ tu rasa macam tenang je,selamat,rsa macam dilindungi,,(rasa tak?) 
bila sebut pakwe pulak, rasa cm ‘ala,bukan tentu die jodoh kite,nta-nta dye nk maen-maenkan hati kita’,,same  tak? atau awak-awak semua sebaliknya? Tapi jujur cakap,tu yang fairuz rasa,,

         Siapa yang tak nk kisah cinta dia bermula dan berakhir macam novel-novel cinta macam ‘sweet sour’, ‘gemersik kalbu’ la,,fairuz pun nak,,huhu,,tapi hakikatnya, realiti bukan macam tu,kalau ada pun tak banyak kan? Sebab tu kalau boleh la,kalau bole ea? Fairuz nak sangat jodoh nanti dipertemukan dengan orang yang baik akhlaknya,mcm entry fairuz sebelum ni,,dalam cari cinta manusia ni, siapa yang nak kahwin pastu 2,3 bulan cerai,,semua nak kekal sampai akhirat,,pastu janji sama-sama nak jumpa kat syurga,,sebab tu fairuz pasang impian tinggi pada ‘orang’ yang ditetapkan untuk saya di loh mahfuz sana, si dia nanti biarlah yang menegur fairuz bila buat kesalahan dan bukan berdiam,penuh dengan ilmu untuk kongsikan bersama,,
tapi back to reality, setuju tak kalau fairuz kata,x semua yang kita nak tu kita dapat?sebab selalunya memang macam tu,,kita familiar dengan ayat ni,,

’boleh jadi kamu suka pada sesuatu sedangkan ia buruk buat kamu,dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu 
sedangkan ia baik buat kamu,,sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..’’

Nak cerita kat sini,jangan la frust sangat kalau jodoh kita nanti tak same mcm yang kita angan-angankan,,belajar menerima diri dia seadanya,sebagaimana dia menerima diri kita :)

ustazah pernah cerita,dia doa dr form5 nak jodoh yang soleh :) dan ustazah dapat,meh doa ramai2,,huhu







Sunday, January 29, 2012

hati terubat suda :)

salam..
alhamdulillah,,xsampai 24 jam fairuz rase sedeyh,
Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang telah buat fairuz mampu tersenyum kembali,,
pagi td kan rase cm emosional sikit,,pastu chat,cite2 la kat yam,,
masuk waktu zuhur lepas solat,ringan2kn tangan capai Al-Quran,,weekdays xde mase,,hujung2 minggu la nk cipta peluang untuk diri sendiri,,
baca punya baca,ternmpak ayat 'la tahzan innallah ha ma'ana',,serta merta hati jadi sejuk,,:)
pastu ptg td,nk g toilet amek wuduk solat asar,,
penyelesaian untuk masalah kedua pulak tiba*yg ni xley cite terang2..huhu
seolah-olah mcm masalah fairuz diselesaikan satu per satu setiap kali tiba waktu 'bertemu' Nya,,
benarlah kata-kata Allah,
selangkah kaki kita mendekati Allah,beribu langkah Allah datang menghampiri kita..
terima kasih Allah :)

sy janji akn berusaha pelihara akidah sy :)



Saturday, January 28, 2012

rasa ini!

salam,,
fairuz xtau nape rasa cm ni,,
kemon fairuz! jgn senang rse rendah diri,,
stay positive,,rezeki itu milik Allah,hak Allah,
jgn putus asa :')

sesungguhnye,tidak Allah jadikan sesuatu perkara itu tanpa sebarang hikmah disebaliknya

tenanglah duhai hati :')


Wednesday, January 25, 2012

jodoh saya ketentuan Allah,dan sy yakin tentang itu :)

salam ramah mesra,
Selalu kita dengar kawan-kawan  berkata soal jodoh,,tapi bila jodoh bagi dirinya masih belum tiba,,maka ayat yang sering digunakaan untuk menenangkan diri sendiri atau lebih tepat lagi,pasrah berbunyi seperti ini,, ‘’sesungguhnya JODOH ,ajal maut,dan rezeki seseorang manusia itu adalah ketentuan Allah,jd sebagai manusia,setelah berusaha,namun belum nampak
hasilnya,hendaklah kita berserah pd Yang Maha Esa’’

        Masih  teringat pada kata-kata  ustazah masa sekolah dulu,’’perempuan yg baik,utk lelaki yg baik,,dan perempuan yg jahat untuk lelaki yg jht,,sejauh mana awk terpisah dgn pemilik tulang rusuk awk,atas ketentuan Allah akn bertemu juga’’:)

  saya tak mendambakan jodoh saya nanti sekacak artis korea,,cukuplah si dia nanti seorang yg menjaga solatnya,,kerana melalui air wudu’ yg diambil sebelum solat sudah cukup menyerikan wajahnya,,

saya juga tak mengharapkan si dia seorang yg kaya raya,,cukuplah si dia seorang yg mnjaga solatnya,,kerana saya percaya,jika dia menjaga solatnya dgn baek,dia akan sentiasa hidup dlm keadaan sentiasa bersyukur dan bersederhana seperti saranan agama Islam,,

saya tak mengharapkan si dia nanti seorang yg bermulut manis,sentiasa memberikan kata-kata pujian,,cukuplah si dia seorang yg menjaga solatnya,kerana saya percaya jika si dia menjaga solatnye dgn baik,akan terlahir kata-kata yg berhikmah dari tutur bicaranya,menenangkn saya saat menghadapi musibah dgn ayat-ayat Allah,,

saya tak mengimpikan si dia nanti seorang yg dipandang mulia kerana pangkat dan kedudukan dunia yg si dia miliki,,sebaliknya biarlah si dia seorang yang dipandang mulia kerana akhlak yang baik dek kerana berkat solat lima waktu yang dia laksanakan dengan penuh tekun dan khusyuk seterusnya menjadi teladan kepada insan sekeliling.

Sesungguhnya dalam dalam dunia ini tidak ada insan yang sempurna,masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan.Mungkin sesuatu perkara yang kamu mahir merupakan satu kelemahan kepada orang lain,macam tu juga sebaliknya. Moral of the story, belajar menerima diri seseorang itu seadanya, sebab,,,nobody is perfect :D

sy mungkin bukan individu yg baik serba serbi,tp sy sentiasa berusaha untuk jadi yg terbaik :)

Wednesday, January 18, 2012

purple<--new obsession??

salam ramah mesra :)
waaa,,lama da rasenya x menaip,disbbkn kelas yg sgt padat dan juga test yg berderet2 :O
Alhamdulillah,2 minggu yg bz telah pun berakhir,,jd biarkan cuti rye cina ni untuk fairuz menenangkan diri~ huhu *tp x bole nak tenang sgt,,sbb Business Day da dkt,,hmm,,byk benda x settlle lg,,tp x pe,,kwn2 satu group memberikan kerjasama yg sgt baik,,nak tau ape yg kami kena buat,, klik SINI.. 
sebenarnya bukan nak cite psl tu,,huhu,,kalu kawan2 yg baca blog ni,,tema purple,,*yam yg pilihkan :),,header purple2 cmpur *ayuz yg watkan :)..mcm byk kaler purple,,sem ni jek banyak brg2 purple yg fairuz ada,,xcaye?? meh fairuz senaraikan,,haha
first, 
fail + note book..:)

second
purse..*akk yg pilihkan :)

third
casing phone..*mse nk beli cume ade kaler putih ngn purple je..

fourth
beg g kls,*yg ni pun scre xsengaja terbeli kaler purple,,huhu

fifth,
towel :) *teruk kan? towel pun nk tunjuk,<-suke aty la,,huhu

last,,favourite baju kurung :)


haa,,caye da? byk kan,,actually barang2 ni x rancang pun nak beli kaler purple,,
keadaan yg memaksa,,<--cewah ayat,,huhu,,
k la,,smpai sini je entry kali ni,,ada kls sat g :)
insyaAllah kalu rajin t fairuz taip2 ag,,huhu